BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 7 February 2012

DUA BUAH UNIT HOMESTAY TAMBAHAN SEDANG DALAM PEMBINAAN.


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful



     Memandangkan unit homestay sedia ada tidak dapat menampung penginap yang ramai pada musim-musim tertentu seperti Majlis Walimatul Urus, maka pihak homestay sedang membina dua(2) buah unit tambahan untuk itu.  Kebiasaannya rombongan pengantin datang menaiki tiga buah kereta atau lebih.  Malahan sudah 3 ke 4 rombongan datang menggunakan bas.  








Gambar menunjukkan bahagian hadapan unit homestay tambahan.



Homestay tambahan ini juga memiliki 2 buah tidur, ruang tamu & 2 buah bilik air untuk setiap unit.  







Gambar di atas ialah ruang tamu bagi homestay tambahan







Gambar bilik 1 







Gambar Bilik 2







 
2 jenis tandas

Unit yang pertama sudahpun siap & kerja-kerja pembersihan serta kemasukan perabut akan dibuat untuk penginap pertama pada 16 Februari 2012.  Manakala unit kedua, insyaAllah akan siap pada pertengahan bulan Mac 2012.

Monday, 3 October 2011

Penginapan buat Bakal Graduan dan Keluarga yang Ingin Menghadiri Pesta Konvokesyen


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful


Assalamualaikum,

Selamat berkonvokesyen buat bakal graduan institusi pengajian tinggi di sekitar Shah Alam seperti UiTM, Unisel dan MSU.  Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mencari tempat penginapan di saat anda mahu meraikan detik-detik manis sebagai seorang graduan?  Tempahlah Meru Islamic Homestay sekarang kerana bulan Okt, Nov dan Disember juga merupakan musim perkahwinan.  Pastilah siapa cepat, dia yang dapat!

Kami menawarkan penginapan selesa di dalam suasana kampung di sebalik hiruk pikuk situasi kota.  Namun, jarak homestay kami tidaklah sejauh mana berbanding pusat pengajian anda.  Jarak kami dengan UiTM Puncak Alam cuma 7 km, UiTM Puncak Perdana 11 km, UiTM Shah Alam 18 km dan MSU sekitar 25 km. Sekalipun berlaku kesesakan jalanraya dari homestay kami, kebiasaannya ia memakan masa tidak lebih 30 minit ke Shah Alam. InsyaAllah!

Kami menawarkan kadar sewaan berpatutan dan berbaloi-baloi untuk petrol anda.

Hanya RM100 (Satu Ratus Sahaja) sehari! 

Check In      :  2.00 Petang
Check Out   : 
12.00 Tengahari

Setakat ini homestay kami telah ditempah pada tarikh-tarikh berikut :

1) 7 Okt 2011        - Tn Hj Kamarudin (Rumah Pertama)
2) 8 & 9 Okt 2011 - Tn  Hj Mohd Zain (Rumah Pertama)
3) 21 Okt               - Cikgu Ismail Embong (Rumah Pertama)
4) 24-27 Okt         -  Encik Hafiz (Rumah Pertama)
5) 11 & 12 Nov     - Encik Razi (Rumah Pertama & 1 hari Rumah Tambahan)
6) 26 Nov              - Puan Adibah (Rumah Tambahan)

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi kami di talian 019-3491543.

Tuesday, 26 July 2011

Penginap Pertama Homestay


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful

Penginap Pertama Homestay

     Alhamdulillah, pada hari Jumaat(22/7/2011) saya menerima panggilan encik Jasni dari Pulau Pinang.  Beliau bertanyakan tentang sewaan homestay.  Perbualan kami di telefon pada petang itu mengalami gangguan talian. Antara dengar dengan tidak, saya mengandaikan encik Jasni dan keluarganya  datang untuk urusan  pendaftaran anaknya ke UiTM Puncak Alam.

Pada hari Sabtu(23/7/2011), saya bertugas sebagai Urusetia Karnival SPIES bersama MES Daerah Klang di Sekolah Rendah Agama(SRA) Sungai Udang, Klang di bawah kendalian kerajaan negeri Selangor.  Saya hanya meninggalkan kunci homestay kepada isteri untuk dia uruskan kemasukan penginap pertama yang dijangka sampai pada sebelah petang.  Dalam kesibukan bertugas dan apatah lagi ada di kalangan anak buah yang tiba-tiba kurang sihat akibat salah makan, saya sesekali teringat juga untuk seboleh-bolehnya menyambut sendiri kedatangan mereka.  Saya cuma sempat berbalas mesej telefon tangan dengan encik Jasni pada petangnya bertanyakan lokasi beliau.  Pada ketika itu, mereka berada di Kuala Lumpur membuat 'Medical Check-up' untuk anaknya.  Dan saya maklumkan kepada beliau bahawa kemungkinan waktu Maghrib saya sudah berada di rumah.

Saya juga memberitahu rakan yang bekerja di UiTM yang turut serta dalam program SPIES akan hal kemasukan penginap yang datang untuk menghantar anaknya ke UiTM Puncak Alam.   Berkerut dahi rakan saya.  Barangkali, bulan Julai bukan tarikh kemasukan pelajar.  Namun, rakan saya tidak berkata apa-apa.   Terdetik di fikiran untuk saya mendapatkan maklumat tentang jadual kemasukan pelajar dan tarikh bercuti pelajar supaya saya lebih jelas dengan kelompok sasaran.

Saya pulang ke rumah hampir waktu Maghrib.  Pada ketika itu encik Jasni menelefon dan memaklumkan beliau telah sampai ke Puncak Alams.  Selepas bersolat, beliau menelefon sekali lagi bertanyakan lokasi homestay.  Ketika itu beliau berada di simpang jalan masuk ke Saujana Utama.  Itu bermakna beliau mengikut jalan yang selari(parallel) dengan jalan Meru Tambahan yang saya maksudkan.  Berlaku sedikit 'miss communication' kerana  perbualan pertama kami diganggu masalah talian.  Beliau mengambil Biro Tatanegara(BTN) Meru sebagai 'mark point', manakala saya pula merujuk UiTM Puncak Alam.  Justeru itu, beliau cuba mengambil laluan ke Jalan Paip untuk ke Pekan Meru dari BTN.
                                                                                                                                         
Kemudian beliau tersesat sehingga ke Rahmat Bistro.  Tempatnya seperti pernah saya singgah, tetapi lupa pula di mana!  Mula-mula saya menelefon rakan di Puncak Alam, tetapi beliau tidak pasti di mana.  Kemudian saya menelefon pula Tok Ketua Kampung Bukit Cerakah bertanyakan tempat itu kerana saya yakin ianya berada di sekitar Puncak Alam  yang berdekatan dengan kampung ditadbirnya.  Rupanya  mereka sekeluarga berada di Alam Budiman yang berhampiran UiTM Puncak Perdana.  Akhirnya encik Jasni dapat mencari Jalan Paip dan terus ke Pekan Meru.

Sebenarnya homestay kami di Meru amat mudah untuk dicari jika kita menggunakan Lebuhraya Utara Selatan(PLUS). Jika anda dari Utara, pastikan selapas sahaja Hentian Sebelah Rawang dan Exit ke Rawang, anda memasuki Lebuhraya Guthrie sehingga jumpa exit Bukit Subang. Bila tiba di Traffic Light bawah jambatan, ambil ke kanan ke Kuala Selangor.  Sekitar empat ke lima kilometer perjalanan, masuk kiri untuk ke simpang Puncak Alam.  Teruskan sahaja perjalanan anda sekitar tujuh kilometer lagi untuk ke Meru Islamic Homestay  di sebelah kanan jalan.

Dari kejadian ini saya dapat mengambil suatu pengajaran.  Saya akan sertakan nanti di artikel(posting) yang lain sebuah peta ringkas untuk ke homestay kami.  InsyaAllah...

 
All Right Reserved by Meru Islamic Homestay